Monday, January 24, 2011

Israel sudah lama jajah komputer2 kita....

Sejujur2nya aku tak tahu sama ada perkara ini da lama ada atau tidak. Tapi demi kebenaran yang aku sendiri telah cuba, apa kata korang sendiri yang cuba kali ini jumpa atau tidak tidak kira lah anda guna windows ape skali pun.

1. copy link nie & paste pada folder anda.
C:\Program Files\Microsoft Office\MEDIA\CAGCAT10


2. cari gambar yang bertitle J0285926



Jumpa tak??klu jumpa tu, btl la kot semua ni propaganda Israel. apa2 pon ape yang korang rasa baik korang share la kalau tak, korang buat senyap jela k....

chill ^^

Sunday, January 23, 2011

Warkah PENTING | Jebat punca pengkhianat masa kini...

semakin hari semakin terhakis sikap hormat seseorang terhadap ketua/pemimpin. Semua pakat2 nak jadi macam jebat. Bila hajat tak tercapai mula memberontak. Sampai agama pun boleh di pusing2 ikut hati. Kenapa manusia sekarang ini tak ada perikemanusian & akal yang waras sampai bukti yang nyata lagi jelas pun susah nak dipercayai. Pada hemat saya, tak mustahil lagi 3 tahun Malaysia kita yang tercinta ini akan tergadai dek kerana kerakusan manusia2 yang mengaku dirinya maksum tapi pada hakikatnya dia lah syaitan berkepala naga bila sudah berkuasa.


Hati-hatilah kawan2. Masa depan kita tangan kita. Jangan kerna ape yang kita hajati tidak tercapai, kita berpaling tadah menjadi pengkhianat bangsa, agama & negara. Bak kata pepatah, "marah kan nyamuk kelambu dibakar".





sekian.
insan ikhlas

Wednesday, October 6, 2010

Ujian warna otak anda...

Cerita ini aku petik dari note mmbr aku di fb [credit to Aku Seorang Wak]
Sila baca dengan tenang & please jgn maki2 yea klu otak anda bukan warna seperti yang anda sangka kan XD...

Seorang guru, Cikgu Murni (Umur: 22) menghadapi masalah dengan salah seorang muridnya (Abu). Lalu guru ini bertanya kepada murid tersebut : "Apa sebenarnya masalah awak, Abu?"
Lalu Abu menjawab, "Saya terlalu cerdik untuk berada di darjah 4, kakak saya menduduki UPSR dan saya lebih cerdik dari dia, maka saya seharusnya berada di tempat yang sama juga!".
Cikgu Murni dah tak tertahan. Dia bawa Abu ke pejabat pengetua.
Sementara Abu menunggu di ruang tamu, Cikgu Murni terangkan keadaan tersebut kepada pengetua. Pengetua mengatakan yang dia akan berikan ujian kepada Abu dan jika Abu gagal menjawab, maka Abu harus kekal di darjah 3 dan berkelakuan baik.
Abu dibawa masuk ke pejabat Pengetua dan Cikgu Murni terangkan pada Abu dan Abu bersetuju untuk ambil ujian yang akan diberikan.
Pengetua: Apa 3 x 3? Abu: 9
Pengetua: Apa 6 x 6? Abu: 36
Pengetua terus bertanyakan soalan2 berdasarkan tahap pencapaian murid2 UPSR dan si Abu mampu menjawab tiap soalan yang diberikan. Lalu pengetua memandang Cikgu Murni dan berkata, "Saya rasa murid ini sepatutnya berada di darjah 6",
Lalu Cikgu Murni berkata pada pengetua, "Saya ada soalan saya sendiri, boleh tak saya ajukan pada Abu?". Pengetua dan Abu bersetuju.
Cikgu Murni: Apa yang lembu ada 4 di badan, tapi saya cuma ada dua? Abu: (berfikir) Kaki
Cikgu Murni: Apa yang ada di dalam seluar kamu tapi tidak pada seluar saya? Abu: Saku
Cikgu Murni: Apa yang bermula dengan huruf "K" akhir dengan "A", ianya berbulu, berbentuk oval, nyaman dan mengandungi lapisan nipis keputihan? Abu: Kelapa Cikgu Murni: Apakah yang masuk keras dan berwarna "pink", bila keluar lembik dan melekit?
Mata Pengetua terbuka luas dan sebelum sempat dia menahan, siAbu terus menjawab. Abu: Gula-gula getah (Bubblegum)
Cikgu Murni: Apa yang mereka lakukan, lelaki secara berdiri, wanita secara duduk dan anjing secara tiga kaki? Mata Pengetua sekali lagi terbuka sangat2 luas dan sebelum dia sempat hendak menahan si Abu terus menjawab. Abu: Bersalaman
Cikgu Murni: Baik, sekarang saya akan ajukan soalan berbentuk siapakah saya, okay? Abu: Baik Cikgu
Cikgu Murni: Awak memasukkan batang kedalam saya. Awak ikat saya untuk saya berdiri. Saya kebasahan sebelum awak.
Pengetua kelihatan resah dengan soalan yang diajukan oleh Cikgu Murni. Abu: Khemah
Cikgu Murni: Jari memasuki saya. Awak menggesel-gesel saya bila awak teringatkan saya. Lelaki idaman akan mendapat saya dahulu.
Pengetua semakin resah dan tidak selesa. Lantas terus meneguk segelas Nescafe 3in1. Abu: Cincin perkahwinan Cikgu Murni: Saya ada bermacam-macam saiz. Bila saya sakit saya akan meleleh. Bila saya keluar, banyak tisu yang akan digunakan. Bila awak hembuskan saya, akan berasa lega.
Sekali lagi pengetua rasa amat resah dengan soalan yang di ajukan oleh Cikgu Murni dan ingin membantah, tapi si Abu mendahuluinya. Hidung
Abu:
Cikgu Murni: Saya batang yang keras. Hujungnya tajam. Saya akan datang dan masuk dengan lajunya. Abu: Anak panah
Cikgu Murni: Sekarang saya akan ajukan soalan dalam Bahasa Inggeris, okay? Abu: Okay
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and end in 'K' that means lot of heat and excitement? Abu: Firetruck
Cikgu Murni: What word starts with a 'F' and ends in 'K' & if you dont get it you have to use your hand. Abu: Fork Cikgu Murni: What is it that all men have one of. It's longer on some men than on others, the pope does not use his, and a man gives it to his wife after they are married? Abu: Surname
Cikgu Murni: What part of the man has no bones but has muscles, lots of veins and loves pumping? Abu: Heart

Pengetua menghembuskan nafas kelegaan bila mendengar jawapan yang diberikan oleh si Abu, lantas berkata "Baik hantar murid ini ke Universiti Malaya; jawapan yang saya fikirkan semuanya salah".

P/s: Jika jawapan anda semua salah, anda adalah sama spesies dengan pengetua yang mempunyai pemikiran kuning.....hehehe Peace No War XD

komputer pon ade jantina....Xpercaya???

hahaha hari ni aku dapat 1 ilmu yang best la. Korang nk taw ape die??haaa cara nak mengetahui komputer kita betina ke jantan?? Post nie hanyalah untuk sekadar santai-santai je so jgn la skema sgt yea XD....

1st step die :
1. taipkan CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I Love You"

2. save file dengan ape2 nama yang korang suka asal jgn lupa letak extension .vbs je...
Example, I love U.vbs

3. tutup notepad tue pastu cari balik kt mne korang save fail tadi & double click kt fail tersebut.


Dengan itu, korang akan mengetahui jantina komputer korang & lepas tue korang bg la nama yg sesuai kt komputer tue yea XD

SELAMAT MENCUBA~ ^^

Wednesday, September 22, 2010

credit untuk pesilat yang poyo!!!

Mana Hebat Orang Melayu
Jika Tanpa Mulianya Ilmu
Mana Tinggi Nilai Bangsaku
Jika Tanpa Islam Padamu

Langkah Gagah Tetap Terarah
Cara Mara Tampak Kuasa
Itulah Gagah Ilmunya Tuah
Bina Wibawa Bukan Perkasa

Silat SENI Gayong dan Bunga
Tinggi Tertib Penuh Gemalai
Dalam Ilmu Tinggi Nilainya
Itulah Warisan Lama Dipakai

Bedil Berdentum Menggegar Bumi
Pendekar Gentar Tidak Sekali
Ilmu Kulitnya Silat Yang Murni
Islam Suci Sebagainya Inti

Apa Dicari Hebatnya Diri
Jasad Pasti Luka Dilukai
Tumpu Sebenar Pada Ilahi
Itu Hakikat Kekal Abadi

Setinggi Mana Ilmunya Silat
Niatnya Biar Untuk Syariat
Teguhlah Pada Nafi Dan Isbat
Peluk Erat Kalimah Syahadat

Sunnah Itu Paling Utama
Amal Adalah Segalanya
Silat Itu Tiada Salahnya
Salah Bila Tiada Adabnya

Adat Melayu Ada Perlunya
Adab Islam Penuh Hikmahnya
Warisan Perlu Ada Turunnya
Iman Wajib Ada Saksinya

Inilah Resmi Orang Melayu
Budi Bahasa Tinggi Pekerti
Akhlak Islam Menjadi Laku
Taqwa Taat Sudah Semesti

Monday, September 6, 2010

Wordle : you owning your word

dlm meng'google' saja-saja, dapat lak 1 website application yang bez. application ni best la kepada orang-orang yang jenis malas nk edit panjang-panjang.Aku tak nak cerita panjang-panjang apa kata korg try sendiri hows it work klik sini...nie hasil cubaan aku hehehe klik imej untuk besarkan..


Wordle: aku sayang malaysia

Monday, August 31, 2009

Ari nie merdeka??!!aku x...

Adoi...hanya e2 je yg boleh aku mampu lakukan...nak wat cm mne kn ari nie ari merdeka tapi aku sebagai seorang student DTK nie xpernah lekang dengan assignment,kuiz & blablablabla...ape boleh buat nasib bdn r...bkn senang nk senang kn & xsusah nk susah so e2 la yg buatkan aku terus survive dgn dunia stdy nie...xpe syamil tggl 2 sem lg nk grad saba k...

Anyway aku ri nie kepale set juz utk 2 kuiz sok iaitu matematik 'kejut' (kejuruteraan) dan sistem aplikasi komputer. nsb bek la kuiz klu test xke botak pale haku msk mggu nie ckup 3 mggu yg penuh dgn kuiz xhenti lps stu2...tp yela kte owg 'alang-alang menyeluk pekasam, biar ke pangkal lengan'...tapi dlm nk rest2 tibe2 dtg blk tension ble moto aku wat meragam blk pdhl bru 2 hari lepas aku abs RM150 nk repair 'awek' kesayangan aku 2...


nie la 'awek' aku

alih2 ri nie rosak blk (bikin wa panaz betOl la) penyudahnye aku biarkn die t'sadai kt tepi umh biar dia bertapa kt c2 utk semggu coz kuota blanja utk die da abs...mne xnye next week nk g shoping dgn awek bli bju raye kang klu t'pkai ckit xke aku pkai moto je raye thn nie...saba jela...


*moral : klu korg nk modified moto 2 g la bwk kedai yg famous ckit utk menjamin kualiti kerja tangan yg baik...klu x, alamat jd cm aku r...penyudahnye nnt aku nk overhaul moto aku 2...payah sangat...